Laluan Jingga (Metro Montreal)
Laluan Jingga (Metro Montreal)

Laluan Jingga (Metro Montreal)

Laluan Jingga (Perancis: Ligne orange) atau juga dikenali sebagai Laluan 2 merupakan salah satu daripada empat laluan kereta api bagi Metro Montreal di Montreal, Quebec, Kanada. Ia membentuk sebahagian daripada rangkaian asal dan telah dilanjutkan dari tahun 1980 hingga 1986. Pada 28 April 2007, tiga stesen baru di Laval dibuka, menjadikannya laluan kedua yang menjangkau dari pulau Montreal.Panjang laluan Jingga ialah 30 kilometer (19 mi) dan ia mempunyai 31 buah stesen. Laluan ini merupakan laluan kereta api bawah tanah (metro) terpanjang di Montreal dan yang kedua terpanjang di Kanada selepas Laluan Yonge–University bagi Kereta Api Bawah Tanah Toronto. Seperti rangkaian metro yang lain, laluan ini juga sepenuhnya berada di bawah tanah. Ia mempunyai bentuk seperti huruf U, dari stesen Côte-Vertu di barat laut Montreal sehingga ke Montmorency di Laval, timur laut Montreal.

Laluan Jingga (Metro Montreal)

Sistem Metro Montreal
Status Beroperasi
Pengelektrikan Rel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan
Stesen 31
Terminal Côte-Vertu
Montmorency
Tolok landasan 1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai)
Dibuka 14 Oktober 1966
Lokasi Montreal
 Quebec
 Kanada
Sambungan terakhir 28 April 2007
Panjang aliran 30.0 km (18.6 mi)
Stok kereta api MR-73, MPM-10
Pengendali Perbadanan Pengangkutan Montreal (STM)
Nama asal Ligne orange
Ligne 2
Kelajuan operasi 40 km/h (25 mph)
Jenis Alihan laju